www.jutawanpowergold.biz

Tuesday 1 April 2014

DARI MATA TURUN KE HATI

Tak Kenal Maka Tak Cinta




Salam  Perkenalan...

Alhamdulillah dikesempatan ini saya berpeluang memulakan penulisan entri pertama berblogging setelah ditunjuk ajar oleh cikgu  Anys Idayu Zakaria. Kata orang tak kenal maka tak cinta.  Jadi sebelum  saya pergi lebih jauh ke arah matlamat sebenar saya mencipta blog ini eloklah saya perkenalkan serba sedikit tentang diri saya. 
Nama saya Rosmawarni Bt Sulaiman.  Dilahirkan pada 27 Ogos 1983 di Kampung Sungai Petai Pasir Puteh, Kelantan.  Mula mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Petai selama enam tahun dan menyambung pula persekolahan peringkat menengah sehingga Ting 5 di SMK Dato' Ismail, Pasir Puteh Kelantan. Keputusan SPM agak mengecewakan saya namun saya tidak putus asa dan mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke sekolah SMK Kamil dalam tingkatan 6. Lebih memeranjatkan, dengan kekecewaan itu, saya tukar kepada kegembiraan apabila keputusan STPM 2002 saya adalah antara 2 org pelajar terbaik..
Dari segi hobi pula, perkara yang saya suka buat di masa terluang ialah membaca buku-buku motivasi dan kisah sejarah. Tidak hairanlah walaupun saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu saya salah seorang tenaga pengajar subjek Sejarah di sekolah. Ada kalanya juga saya gemar menanam pokok bunga dan mendekorasi rumah.
Sebagai anak gadis, sejak zaman persekolahan lagi saya minat memakai barang kemas. Seingat saya, sejak dari kecil lagi ibu saya membelikan saya barang kemas untuk menghiaskan diri saya. Sejarah saya pernah menghilangkan 5 pasang subang pelbagai patern. Subang yg pernah hilang dan saya paling sayang ialah subang bentuk "R". Mana tidak hilangnya, umur 2 tahun ibu saya sudah menindik telinga saya. Maklumlah saya anak perempuan bongsu. Andai kakak ku yang 2 orang baca tu jgn jeles ye.. 
Tahun 2003 adalah rezeki untuk saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan tahun 2007 saya di anugerahkan segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian. Minat saya pada barang perhiasan Emas ini menjadikan saya seorang yang berjimat cermat. Bayangkan dengan duit pinjaman PTPTN saya boleh kumpul untuk membeli gelang.. masa tu tengah popular rantai tangan gantung LOVE..saya panggil gelang rambu rambai.. semasa saya menulis ini..saya tersenyum teringat kegilaan saya.

Selama empat tahun bergelar mahasiswa pendidikan, tahun 2007  merupakan bermulanya lakaran hidup sebenar yang penuh makna dalam hidup saya di mana pada tahun itulah saya mengakhiri zaman bujang, berjaya menamatkan pengajian serta mendapat penempatan pertama sebagai cikgu dan bakal menjadi seorang ibu.  Wahh... semuanya dalam tahun 2007. Namun tahun 2008, Allah menguji saya dengan satu ujian yang cukup hebat.. tidak mahu saya coretkan disini... cukup lah.. yang lepas biarlah berlalu..

Bercerita tentang saya yang gila akan EMAS ini.. Tahun pertama saya berkerja saya telah membeli seutas rantai hadiah kepada Ibu saya. Gaji DG41 rasanya pada 2007 rm2500 lebih kurang sudah tidak ingat, saya beli dan bayar ansur-ansur rm300 sebulan rantai lehar tersebut..Suka bukan kepalang ibu saya..syukur Ya Allah saya sempat membahagiakan hati ibu saya , sb saya tahu saya bukan anak yang baik pun..hihi..Ops terlupa plak, dorongan minat saya bertambah lagi bila abang saya pula berkahwin dengan Pengusaha Kedai Emas di bandar Pasir Puteh. Wah!..semua berkisar tentang ema$$$$$.. dan bermula dari situ lah saya pengumpul barang perhiasaan 916.

Tahun 2014 adalah tahun bermulanya saya menjinakkan diri dalam bisnes online dan semestinya produk barang perhiasaan EMA$$$ menjadi pilihan saya untuk berurusniaga dan sedikit berubah arah..saya sekarang pengumpul GOLDBAR dan DINAR..wah SERONOKNYA.

Entri seterusnya saya akan mendedahkan manfaat simpan emas fizikal berbanding wang kertas...Sekali lagi saya menghulurkan salam EMA$$$ kepada rakan2... harapan saya sesiapa yang menjengah blog saya.. saya seru AYUH.. kawan-kawan ku kita simpan Ema$$$ untuk dijadikan aset pada masa hadapan.

2 comments:

  1. Suka emas. Salam kenal. :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. salam emas saya hulurkan..
      jom kita menabung..
      xdpt byk kita menabung 1gram 1bulan
      sb emas mahal mana kita mampukan..

      kita buat apa yg kita mampukan..jgn ikut org..
      kita join ahli syarikat Amethyst Gold Creation

      Powergold.biz anak syarikat yg menjalankan jual beli emas secara online..

      join ahli dpat murah... kumpul 1gram byk2.. buat aset..
      kalo nak tukar dengan brg kemas pun boleh..

      sambil beli simpan utk diri sendiri.. kita boleh cari duit poket..

      Delete