Ambo cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada bila kita menyimpan emas fizikal.
Secara jujurnya, apa yang menarik
minat pembeli untuk membeli emas???
Ada orang membeli emas kerana tertarik dengan design dan
kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri tetapi
umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan untuk dipakai di majlis
kahwin dan hari raya. betul ke? tu macam perangai saya la.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, "emas hanya logam"
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, "emas sangat-sangat bernilai"
Kata nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)"
Kata orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana"
Kata pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu"
Apa2 pun emas ada daya tarikan tersendiri. Kalau tanya ambo kenapa ambo kumpul emas. Ambo jawab "saya kumpul aset, sb nk beli tanah tidak boleh beli sekaki- sekaki, tidak ada sesiapa nk jual tanah pada saya sikit-sikit" . Jadi saya beli emas 1garam 1bulan. Lama2 banyaklah. Hanya ini cara untuk kita memiliki emas.
No comments:
Post a Comment