www.jutawanpowergold.biz

Saturday, 7 February 2015

Soal-Jawab Tentang Powergold.biz

Teks oleh : Rosmawarni Sulaiman

♥SOALAN & JAWAPAN YG BIASA DITANYA;

Q : Kalau nak beli emas amethyst ni ada akad jual beli tak?
A : Beli offline - serahan duit, serah barang..(berlaku akad..saya beli..saya jual)

Kedai apek mata sepet..
"Apek..lu ada buat akad jual beli tak.?!"
Faham-faham sendiri la jawapannya..

Beli online (faktor jarak)
.. awal-awal dah deal dalam whatsapp,messanger.. dah transfer duit berlaku akad.. yang menjual pun setuju dengan harga tersebut..

Q : Macam mana dengan emas amethyst yang saya beli kalau syarikat amethyst group ditutup masa akan datang?
A : Tak pernah lg kedai emas tutup..yang tutup pasal janji yang bukan-bukan dan buat ajaran sesat..

Selagi ianya emas.. diterima seluruh kedai emas.

Q : Macam mana cara sahkan ketulenan emas amethyst?
A : Boleh check ketulenan emas kt kedai emas...Ada ujian fizikal dan ujian asid..nak mendalami..join powergold..dalam powergold diajar bagaimana nak kenal emas tulen..

Q : Apa jaminan kalau beli online (kalau barang tak sampai..)?
A : Jarang berlaku..dan kes terpencil..yang buat jadi masalah kadang bagi alamat tidak tepat..dan orang yang menerima tiada di rumah..biasanya company akan ganti semula jika kes benar..

Q : Kalau nak beli online melalui terus ke kedai(online) macam mana? nak refer website apa?
A : Rujuk pada ahli atau stokis yg offer biz emas ni pada anda..

Q : If saya nak menjual balik emas amethyst selain di amethyst gold creation sendiri,l dekat mana saya boleh jual?
A : Jual kepada stokis atau ahli yang berminat dengan emas anda..
Biasanya kedai emas nak..kami pun..
Boleh deal dengan stokis powergold...dan di ArRahnu..

Q : Macam mana dengan certificate emas amethyst ?
A : Ada pd emas tersebut...

Q : Kalau just jadi ahli..first time bayar RM456 kan..dapat emas berapa gram? Pastu setiap bulan nak beli 1g je..blh ke? Kalau buat cmni ada bonus tak?
A : Dapat emas 1g free...dan dapat bonus repurchase RM1/g

Q : So montly kita nak beli lagi still RM456 ke?
A : Tak...just ikut harga ahli semasa + postage..

Next month kalau nak beli bukan RM 456. Kita beli harga ahli mengikut harga semasa

Q : Emas? Nak buat apa dengan emas?
A : Saving EMAS untung 20%-40% setahun vs WANG hanya 4%-8% setahun.
Trading untung rm10.00-20.00 /1gram terus ke poket sendiri dan dapat bonus lagi syarikat bagi.

Q : Ini emas betul ke?
A : Emas tulen 916/999.9

Q : Syarikat di mana?
A : Syarikat di Kulim, Kedah..Pengilang produk di Bukit Mertajam Penang.

Q : Macam mana pelaburan ni?
A : Beli & simpan

Q : Beli ansuran boleh tak?
A : Tidak boleh ansuran..jualan tunai sahaja.

Q : Kalau saya nak labur dalam 10K boleh tak?
A : Powergold bukan skim pelaburan.. kami sistem saving,trading & networking.. cukuplah bermula dengan 1g,5g,10g,20g goldbar.

Q : Join ahli RM456. Tapi dapat 1/4 Dinar je.. Duit lebih tu buat apa?
A : Join RM450 + RM6 (pos) ini cas join ahli, bukan harga emas 1/4 Dinar ye

Q : Kalau pos tak hilang ke?
A : Jaminan barang tak kan hilang...kita ada tracking number.. jika betul kes hilang terjadi syarikat akan ganti.

Q : Nanti tiap-tiap bulan beli emas... nak simpan di mana?
A : Boleh simpan di safety bank @ simpan sendiri.

Q : Daftar ahli RM450 ni tiap-tiap bulan powergold bagi bonus ke?
A : Tiada bonus jika tiada pmbelian @ tak buat kerja. Powergold bukan skim 4D (duduk diam dapat duit)

Q : Emas betul ke..? Tak palsu ke..?
A : Emas tulen. Jika tak tulen anda boleh buat laporan polis atas kesalahan menipu dalam perniaagaan.

Q : Emas tulen ke? Boleh jual di pajak gadai ?
A : 100% Emas tulen. Boleh jual di mana-mana kedai emas.

Best kan ada kedai emas online??



Bagaimana Saya Bermula??

Teks: Rosmawarni Binti Sulaiman

Jom mulakan menyimpan emas dari 1 gram setiap bulan..
1 gram kepada 10 gram..
10 gram kepada 100 gram..
100 gram kepada 1kg..

Yes!!.. mulakan langkah anda dengan menyimpan emas sedikit2 demi sedikit di powergold.. Fikirkan masa depan anda dengan kadar inflasi yg makin menaik skrg..

Macam mana nk menyimpan?..
Menyimpan hendaklah buat pilihan yg bijak..
Ternyata pilihan itu semestinya di powergold!
Hnya EMAS penyimpan aset yg unggul.. dan sifat EMAS ia tidak akn binasa..
Walaupun menjadi serbuk ia tetap bernilai..
Dengan simpanan 1gram pertama...
Kita dpt mengekalkan kuasa beli kita...!!

Powergold adalah syarikat pengeluar dan pembekal utama Gold Bar. Syarikat menawarkan harga TERBAIK dan samping itu menyediakan peluang perniagaan Emas dengan modal yang sangat Minimum!

Perniagaan Powergold adalah membeli dan menjual emas pada harga kilang. Produk powergold terdiri dari Gold Bar, Dinar dan Barang Kemas. Matlamat utama syarikat membudayakan Rakyat Malaysia atau lain-lain Negara menyimpan Emas sekurangnya 1 gram setiap 1 bulan

Powergold juga bersedia untuk membantu usahawan baru untuk menceburi bidang perniagaan Emas hanya secara Online. Inilah peluang terbaik untuk kita menjadi usahawan Emas Online tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar dan kos selenggara bulanan yang tinggi, hanya gunakan kuasa di hujung jari tanpa sempadan!! Jom kita sama2 kaya dan berjaya bersama powergold!! 💪💪💪



Friday, 9 January 2015

simpanan emas fizikal simpanan terbaik

Teks: Rosmawarni Sulaiman

Berita baik kepada penyimpan emas!!
Berita buruk kepada yang baru mula menyimpan emas!!
Berita sedih kepada penyimpan wang kertas!!

Awas!!! Buat lah pilihan bijak untuk melindungi aset dan kuasa beli anda.. pilihlah simpanan bijak.
Berita harian 9Jan2015

1gram 1bulan 1keluarga

Teks: Rosmawarni Sulaiman

Berita baik utk semua!!!

Pakej terbaru untuk menjadi "goldsaver"

Yuran ahli hy rm450 sahaja!!


Jangan lepaskan peluang ini!!!

Sunday, 23 November 2014

Saya Suka Beli Simpan dan Jual Emas

Teks Oleh: Rosmawarni Bt Sulaiman

Ramai yang memberi alasan untuk tidak membeli emas. Jadi siapakah yang rugi sebenarnya?

Peniaga Emas ke? kerana tidak dapat jual emas?

Tahukah anda? Peniaga emas tidak akan rugi apa-apa kerana menjual emas bukanlah barang yang ada tarikh luput, semakin lama simpan semakin bernilai. Jadi anda kena ingat, jika anda tidak beli ramai lagi orang yang berminat akan beli.

Beginilah mentaliti org melayu, selesa simpan wang kertas. Simpan pula dalam bank berkepuk-kepuk; terlalu yakin betapa selamatnya simpan wang dalam bank. Padahal Sejarah telah mencatatkan bank tertua dan beroperasi beratus- ratus tahun pun telah menamatkan perkhidmatan.

Tidak pernah sedikitpun terlintas difikiran kita simpan duit kertas hanyalah untuk kegunaan harian dan kecemasan sahaja. Kita tidak pernah terfikir untuk menyimpan emas fizikal untuk digunakan dalam masa 5 atau 7 tahun akan datang???

Saturday, 22 November 2014

Faktor Penentu Harga Emas

Teks oleh : Rosmawarni Sulaiman



Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor Ketiga – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Friday, 21 November 2014

Jenis-jenis Emas

Teks : Rosmawarni Sulaiman

Mari kenali jenis emas

Mari Belajar Unit Timbangan Lama Emas

1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg,
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.7 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram

Ini pula jenis ketulenan emas yang diukur pada zama dahulu:
999 – 24K    - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
950 – 23K    - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
916 – 22K    - Emas Singapura
900 – 21.6K - Emas Sembilan
875 – 21K    - Tiada nama lain dapat dicari
835 – 20K    - Tiada nama lain dapat dicari
800 – 19K    - Emas Paun
750 –  18K   - Tiada nama lain dapat dicari
585 –  14K   - Tiada nama lain dapat dicari
373 –   9K    - Suasa
Seriya berat kelate=2.72g.