www.jutawanpowergold.biz

Sunday 23 November 2014

Saya Suka Beli Simpan dan Jual Emas

Teks Oleh: Rosmawarni Bt Sulaiman

Ramai yang memberi alasan untuk tidak membeli emas. Jadi siapakah yang rugi sebenarnya?

Peniaga Emas ke? kerana tidak dapat jual emas?

Tahukah anda? Peniaga emas tidak akan rugi apa-apa kerana menjual emas bukanlah barang yang ada tarikh luput, semakin lama simpan semakin bernilai. Jadi anda kena ingat, jika anda tidak beli ramai lagi orang yang berminat akan beli.

Beginilah mentaliti org melayu, selesa simpan wang kertas. Simpan pula dalam bank berkepuk-kepuk; terlalu yakin betapa selamatnya simpan wang dalam bank. Padahal Sejarah telah mencatatkan bank tertua dan beroperasi beratus- ratus tahun pun telah menamatkan perkhidmatan.

Tidak pernah sedikitpun terlintas difikiran kita simpan duit kertas hanyalah untuk kegunaan harian dan kecemasan sahaja. Kita tidak pernah terfikir untuk menyimpan emas fizikal untuk digunakan dalam masa 5 atau 7 tahun akan datang???

No comments:

Post a Comment