www.jutawanpowergold.biz

Monday, 16 February 2015

Adakah Anda Ahli Pasif Powergold.biz??

Teks : Rosmawarni Sulaiman

AHLI PASIF

APA KEUNTUNGANNYA JIKA HANYA JOIN SEBAGAI AHLI PASIF SAHAJA? TIDAK BEMINAT BUAT TRADING (MENJUAL) DAN NETWORKING

1) KEUNTUNGAN DARI KENAIKAN HARGA EMAS
Untung bila harga emas naik .. sebagai CONTOH ..katakan hari ini kita beli EMAS RM154/1gram
seandainya tahun 2020 harga EMAS naik RM503/1gram kita dah untung -+RM350 setiap gram

2) JIMAT
Anda jimat RM20 dari setiap belian goldbar 1 gram, jika sebulan anda beli 1 x 12 bulan , anda dah jimat RM240,  DAH BALIK MODAL YURAN KEAHLIAN, jika simpan bertahun2 sudah berapa anda JIMAT? anda rugi atau tidak ? harga ahli untuk goldbar 1 gram 999.9 Powergold dijamin lebih murah dari harga pasaran, SILA CHECK harga goldbar 1 gram di kedai2 emas atau lain2 syarikat yang jual Online, check harga goldbar 1 gram ye..jangan check harga emas 916 pula ye, ramai yang masih buta emas tapi berlagak pandai lepas tu kondem..tabiat ORANG KITA

3) SPREAD JUAL BELI TERBAIK
Harga syarikat beli balik yang tinggi, spred 7-8% , biasanya lain2 syarikat biasanya mengenakan cas spread 10%-15%

4) SEMINAR DAN LATIHAN
Dapat ilmu emas dan marketing melalui group whatsapp atau seminar

Anda tidak akan rugi walaupun join sekadar untuk simpan emas, tak suka menjual atau menaja, Powergold biz KOSONG risiko..

🌸1gram 1bulan 1keluarga🌸


Wednesday, 11 February 2015

Apa Itu Goldbar?

Teks : Rosmawarni Sulaiman

Apa tu goldbar?
Goldbar adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil, ketulenan goldbar keluaran Powergold adalah 999.9

Kenapa harga pasaran goldbar 1 gram lebih mahal?
Kos mencetaknya lebih tinggi dan kos pembuatannya lebih besar. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1gram perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali, selepas itu dipacking satu-satu, memerlukan ramai tenaga kerja dan lebihan masa proses. Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal

Kenapa perlu simpan goldbar?
Spread jual beli goldbar lebih kecil dari barang kemas, kebiasaan spread goldbar 10-15% manakala susut nilai barang kemas 20-25% dari harga semasa, ini bermakna simpan goldbar lebih untung dari simpan barang kemas. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang

Kenapa perlu simpan emas sekecil 1 gram ?
1) Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya. Pendapatan tetap yang kita dapat setiap bulan tu bolehla kita tukarkan dengan emas serta merta, bukankah begitu tuan-tuan & puan-puan

2) Mudah dan mampu dimiliki, ramai yang membuat simpanan wang untuk membeli emas yang lebih berat, tahukah anda dalam tempoh menunggu itu anda kerugian kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa. Kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.

3) Kekadang mungkin kita akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu. Cuba anda fikir, sekiranya kita hanya memerlukan wang dalam hanya RM500 takkan kita nak jual emas yang beratnya 20gram? Pastinya anda rugi. Daripada jual yang berat dan besar tu baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya maka selamatlah dari mengorbankan emas kita yang berat-berat

4) Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga. jadi mulakah hari ini dan jadikan sebagai simpanan bulanan

Saturday, 7 February 2015

kenapa perlu simpan emas

Teks: Rosmawarni Binti Sulaiman

Pernah beberapa teman dan kenalan yang apabila bercerita sahaja mengenai topik emas, dialog-dialog seperti  berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan simpanan dan perniagaan dalam emas. Contohnya:

“eh, emas mahal kan sekarang”

“erm…simpanan dan perniagaan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

 “saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”

“betul ke simpanan dan perniagaan emas ni?! boleh percaya ke?!”

 “takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

“saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam simpanan dan perniagaan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

”Kenapa beli Emas?”πŸ˜‡πŸ˜‡

”Nak buat apa Emas?”πŸ˜‡πŸ˜‡

”Untung ke Emas??”πŸ˜‡πŸ˜‡


Bagi sesetengah orang yang belum  dalam emas dan belum sedar tentang kelebihan emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!.

Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar… Tahniah..

1gram 1bulan 1keluarga

WaniJutawanEmas
http://www.jutawanpowergold.biz



Powergold.biz: Platform Terbaik Jana Pendapatan

Teks :Rosmawarni Sulaiman

Ramai orang minat emas tambah-tambah lagi kaum wanita.
Tetapi bila sebut emas; semua kata tidak mampu utk membeli emas..

Kita silap sebenarnya..
Emas bukan untuk org kaya  yg berduit sahaja yang boleh memilikinya
Kita yg berpendapatan sederhana pun boleh memiliki emas dgn cara mampu milik..

Ada cara terbaik untuk memiliki emas yang tidak pernah ada orang tahu..

Kita boleh menjadi ahli powergold.biz untuk membeli emas murah dgn harga terus dari kilang Amethyst Gold Creation..

I luv Powergold.biz. menyediakan platform terbaik untuk saya memiliki emas. ..

Hanya 1gram 1bulan 1keluarga

http://www.jutawanpowergold.biz

azam saya ingin jadi penyimpan emas tegar dan menjadi salah seorang yg layak membayar zakat emas

http://www.jutawanpowergold.biz






Untungnya Simpan Emas

Formula Pengurusan Wang
πŸ’Ά

1. 10% πŸ“ˆ Simpan Emas

2. 10% 🏑🚘 Long Term Saving for Spending

3. 55% πŸ‘”πŸ‘—πŸ”⛽πŸ’Š Necessary

4. 10%πŸŽ‰πŸ‚ Fun & Play

5. 10% πŸŽ“πŸ“šEducation Fund

6. 5% 😊 Charity Fund, Zakat & Sedekah


πŸ‘† Boleh guna untuk individu/syarikat.
☝Fokus! Financial Freedom!
☝Discipline!
πŸ’ͺ Set Matlamat Kewangan! & Matlamat Zakat!
πŸ’°πŸ’°πŸ’°πŸ’°πŸ’°πŸ’° 6 bulan × simpanan sebelum memulakan apa2 pelaburan.
🏑 🏠 🏑.... 🚘 Utamakan  Aset, Aset, Aset baru Liabiliti.
πŸŽ“ Ilmu! Ilmu! Ilmu pelaburan yang betul.

"Kuasai Emas, Nikmati Kebebasan Kewangan"

Rezeki datang pada orang yang suka memberi. Jadi berikan info ini kepada kenalan anda.... seramai mungkin! πŸ‘¬πŸ‘­πŸ‘¬πŸ‘­

InsyaAllah! Dengan izinNya.

WaniJutawanEmas
http://www.jutawanpowergold.biz
http://wanirichgold.blogspot.com


Soal-Jawab Tentang Powergold.biz

Teks oleh : Rosmawarni Sulaiman

♥SOALAN & JAWAPAN YG BIASA DITANYA;

Q : Kalau nak beli emas amethyst ni ada akad jual beli tak?
A : Beli offline - serahan duit, serah barang..(berlaku akad..saya beli..saya jual)

Kedai apek mata sepet..
"Apek..lu ada buat akad jual beli tak.?!"
Faham-faham sendiri la jawapannya..

Beli online (faktor jarak)
.. awal-awal dah deal dalam whatsapp,messanger.. dah transfer duit berlaku akad.. yang menjual pun setuju dengan harga tersebut..

Q : Macam mana dengan emas amethyst yang saya beli kalau syarikat amethyst group ditutup masa akan datang?
A : Tak pernah lg kedai emas tutup..yang tutup pasal janji yang bukan-bukan dan buat ajaran sesat..

Selagi ianya emas.. diterima seluruh kedai emas.

Q : Macam mana cara sahkan ketulenan emas amethyst?
A : Boleh check ketulenan emas kt kedai emas...Ada ujian fizikal dan ujian asid..nak mendalami..join powergold..dalam powergold diajar bagaimana nak kenal emas tulen..

Q : Apa jaminan kalau beli online (kalau barang tak sampai..)?
A : Jarang berlaku..dan kes terpencil..yang buat jadi masalah kadang bagi alamat tidak tepat..dan orang yang menerima tiada di rumah..biasanya company akan ganti semula jika kes benar..

Q : Kalau nak beli online melalui terus ke kedai(online) macam mana? nak refer website apa?
A : Rujuk pada ahli atau stokis yg offer biz emas ni pada anda..

Q : If saya nak menjual balik emas amethyst selain di amethyst gold creation sendiri,l dekat mana saya boleh jual?
A : Jual kepada stokis atau ahli yang berminat dengan emas anda..
Biasanya kedai emas nak..kami pun..
Boleh deal dengan stokis powergold...dan di ArRahnu..

Q : Macam mana dengan certificate emas amethyst ?
A : Ada pd emas tersebut...

Q : Kalau just jadi ahli..first time bayar RM456 kan..dapat emas berapa gram? Pastu setiap bulan nak beli 1g je..blh ke? Kalau buat cmni ada bonus tak?
A : Dapat emas 1g free...dan dapat bonus repurchase RM1/g

Q : So montly kita nak beli lagi still RM456 ke?
A : Tak...just ikut harga ahli semasa + postage..

Next month kalau nak beli bukan RM 456. Kita beli harga ahli mengikut harga semasa

Q : Emas? Nak buat apa dengan emas?
A : Saving EMAS untung 20%-40% setahun vs WANG hanya 4%-8% setahun.
Trading untung rm10.00-20.00 /1gram terus ke poket sendiri dan dapat bonus lagi syarikat bagi.

Q : Ini emas betul ke?
A : Emas tulen 916/999.9

Q : Syarikat di mana?
A : Syarikat di Kulim, Kedah..Pengilang produk di Bukit Mertajam Penang.

Q : Macam mana pelaburan ni?
A : Beli & simpan

Q : Beli ansuran boleh tak?
A : Tidak boleh ansuran..jualan tunai sahaja.

Q : Kalau saya nak labur dalam 10K boleh tak?
A : Powergold bukan skim pelaburan.. kami sistem saving,trading & networking.. cukuplah bermula dengan 1g,5g,10g,20g goldbar.

Q : Join ahli RM456. Tapi dapat 1/4 Dinar je.. Duit lebih tu buat apa?
A : Join RM450 + RM6 (pos) ini cas join ahli, bukan harga emas 1/4 Dinar ye

Q : Kalau pos tak hilang ke?
A : Jaminan barang tak kan hilang...kita ada tracking number.. jika betul kes hilang terjadi syarikat akan ganti.

Q : Nanti tiap-tiap bulan beli emas... nak simpan di mana?
A : Boleh simpan di safety bank @ simpan sendiri.

Q : Daftar ahli RM450 ni tiap-tiap bulan powergold bagi bonus ke?
A : Tiada bonus jika tiada pmbelian @ tak buat kerja. Powergold bukan skim 4D (duduk diam dapat duit)

Q : Emas betul ke..? Tak palsu ke..?
A : Emas tulen. Jika tak tulen anda boleh buat laporan polis atas kesalahan menipu dalam perniaagaan.

Q : Emas tulen ke? Boleh jual di pajak gadai ?
A : 100% Emas tulen. Boleh jual di mana-mana kedai emas.

Best kan ada kedai emas online??



Bagaimana Saya Bermula??

Teks: Rosmawarni Binti Sulaiman

Jom mulakan menyimpan emas dari 1 gram setiap bulan..
1 gram kepada 10 gram..
10 gram kepada 100 gram..
100 gram kepada 1kg..

Yes!!.. mulakan langkah anda dengan menyimpan emas sedikit2 demi sedikit di powergold.. Fikirkan masa depan anda dengan kadar inflasi yg makin menaik skrg..

Macam mana nk menyimpan?..
Menyimpan hendaklah buat pilihan yg bijak..
Ternyata pilihan itu semestinya di powergold!
Hnya EMAS penyimpan aset yg unggul.. dan sifat EMAS ia tidak akn binasa..
Walaupun menjadi serbuk ia tetap bernilai..
Dengan simpanan 1gram pertama...
Kita dpt mengekalkan kuasa beli kita...!!

Powergold adalah syarikat pengeluar dan pembekal utama Gold Bar. Syarikat menawarkan harga TERBAIK dan samping itu menyediakan peluang perniagaan Emas dengan modal yang sangat Minimum!

Perniagaan Powergold adalah membeli dan menjual emas pada harga kilang. Produk powergold terdiri dari Gold Bar, Dinar dan Barang Kemas. Matlamat utama syarikat membudayakan Rakyat Malaysia atau lain-lain Negara menyimpan Emas sekurangnya 1 gram setiap 1 bulan

Powergold juga bersedia untuk membantu usahawan baru untuk menceburi bidang perniagaan Emas hanya secara Online. Inilah peluang terbaik untuk kita menjadi usahawan Emas Online tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar dan kos selenggara bulanan yang tinggi, hanya gunakan kuasa di hujung jari tanpa sempadan!! Jom kita sama2 kaya dan berjaya bersama powergold!! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ



Friday, 9 January 2015

simpanan emas fizikal simpanan terbaik

Teks: Rosmawarni Sulaiman

Berita baik kepada penyimpan emas!!
Berita buruk kepada yang baru mula menyimpan emas!!
Berita sedih kepada penyimpan wang kertas!!

Awas!!! Buat lah pilihan bijak untuk melindungi aset dan kuasa beli anda.. pilihlah simpanan bijak.
Berita harian 9Jan2015

1gram 1bulan 1keluarga

Teks: Rosmawarni Sulaiman

Berita baik utk semua!!!

Pakej terbaru untuk menjadi "goldsaver"

Yuran ahli hy rm450 sahaja!!


Jangan lepaskan peluang ini!!!

Sunday, 23 November 2014

Saya Suka Beli Simpan dan Jual Emas

Teks Oleh: Rosmawarni Bt Sulaiman

Ramai yang memberi alasan untuk tidak membeli emas. Jadi siapakah yang rugi sebenarnya?

Peniaga Emas ke? kerana tidak dapat jual emas?

Tahukah anda? Peniaga emas tidak akan rugi apa-apa kerana menjual emas bukanlah barang yang ada tarikh luput, semakin lama simpan semakin bernilai. Jadi anda kena ingat, jika anda tidak beli ramai lagi orang yang berminat akan beli.

Beginilah mentaliti org melayu, selesa simpan wang kertas. Simpan pula dalam bank berkepuk-kepuk; terlalu yakin betapa selamatnya simpan wang dalam bank. Padahal Sejarah telah mencatatkan bank tertua dan beroperasi beratus- ratus tahun pun telah menamatkan perkhidmatan.

Tidak pernah sedikitpun terlintas difikiran kita simpan duit kertas hanyalah untuk kegunaan harian dan kecemasan sahaja. Kita tidak pernah terfikir untuk menyimpan emas fizikal untuk digunakan dalam masa 5 atau 7 tahun akan datang???

Saturday, 22 November 2014

Faktor Penentu Harga Emas

Teks oleh : Rosmawarni Sulaiman



Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor Ketiga – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Friday, 21 November 2014

Jenis-jenis Emas

Teks : Rosmawarni Sulaiman

Mari kenali jenis emas

Mari Belajar Unit Timbangan Lama Emas

1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg,
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.7 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram

Ini pula jenis ketulenan emas yang diukur pada zama dahulu:
999 – 24K    - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
950 – 23K    - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
916 – 22K    - Emas Singapura
900 – 21.6K - Emas Sembilan
875 – 21K    - Tiada nama lain dapat dicari
835 – 20K    - Tiada nama lain dapat dicari
800 – 19K    - Emas Paun
750 –  18K   - Tiada nama lain dapat dicari
585 –  14K   - Tiada nama lain dapat dicari
373 –   9K    - Suasa
Seriya berat kelate=2.72g.

Saya Sudah Menjadi Ahli Powergold.biz!!!

Teks: Rosmawarni Sulaiman

Apa Langkah pertama selepas menjadi pengedar powergold ?

 1. Kenali lebih dekat syarikat powergold.biz

 2.Tahu perkara basic,cara membeli /menempah produk,cara menjual balik,cara mendapat keuntungan dan sebagainya

 3.Kenalpasti apa matlamat anda,adakah menjadi pengedar dengan tujuan menyimpan untuk diri sendiri atau sambil ingin menjana pendapatan.

 4.Susun strategi mengikut matlamat yang ingin anda capai.Sebagai contoh,jika ingin menyimpan sambil menjana pendapatan,anda haruslah ada sikap untuk belajar dan terus belajar selok belok perniagaan emas dan disertai tindakan.

 5.Terus tambah ilmu dari semasa ke semasa dan update info-info terkini di group-group support di fb, wassap , telegram.Jika tidak ada fb,bolehla hubungi intoducer dari semasa ke semasa untuk bertanyakan info terkini.

 6.Sentiasa berkongsi (Sharing) dan niatlah untuk menambah nilai (add value) kepada hidup orang lain.Usaha pengedar emas mengajak orang ramai menyimpan emas sangat murni sebenarnya dan anda sedang berjihad memerangi riba yang ada dalam wang kertas (walaupun kita tidak dapat keluar sepenuhnya).

 Perniagaan yang memberi nilai tambah kepada orang lain boleh bertahan lebih lama dan lebih berkat

 7. Konsisten dengan apa yang anda usahakan,biarpun sedikit usaha itu tetapi yang penting ialah istiqamah (berterusan).Berkat kesabaran dan usaha anda,pasti akan diberi ganjaran,jika tidak di sini,di akhirat sana,InsyaAllah.

 8.Belajar dari kesilapan

 JOM BISNES EMAS !!! REAL BISNESS REAL PRODUK
www.jutawanpowergold.biz

Wednesday, 19 November 2014

Terbaik Simpanan Emas Fizikal Dengan Powergold.biz

TEKS OLEH: ROSMAWARNI BT SULAIMAN

DULU TAK SUKA SIMPAN EMAS
SEKARANG SYOK LA PULAK?!!!

Beberapa FAKTOR Kenapa saya perlu suka kepada perniagaan berkonsep NETWORKING ?

* MODAL Murah@Mampu
* 0% RISIKO
* Tidak Perlu SEWA PERMIS
* Tidak Perlu PEKERJA
* Tiada Tanggungan UTILITIES
* Tiada Kekangan Masa
* Tiada BOS, Saya Adalah BOS Kepada Perniagaan Saya Sendiri.

************

FAKTOR UTAMA Kenapa saya sangat suka perniagaan berkonsep NETWORKING ?

*PENDAPATAN PASIF*
-Apapun yang saya lakukan seharian sama ada di rumah atau di luar rumah...
makan, tidur, tengok tv, shopping, memasak, hangout bersama keluarga atau kawan...

Duit saya terus mengalir masuk kedalam akaun.. hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun...

Powergold Best bukan?
"EVERY 10DAYS IS MY PAY DAY"✨✨✨✨

πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜

Simpan Emas Jangan Lupa Berzakat

TEKS OLEH: ROSMAWARNI BT SULAIMAN

Perkongsian hari ini


Alhamdulillah Rakan Sahabat

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Ok, selamat menyimpan emas dan perak

Friday, 13 June 2014

Pengertian Mudah Apa Itu PowerGol.biz


Teks:Rosmawarni Sulaiman

Pengertian mudah utk kwn2 yg belum tahu..apa itu powergold.biz????

Dlm powergold.biz kita ade dua konsep

1.beli mas murah utk saving
2.bisnes jana income dgn trading dan networking

Modal serendah rm386 keahlian seumur hidup.

Dapat free 1g goldbar @ 1bentuk cincin belah rotan

Dapat beli emas ngan harga ahli
Ajak kwn2 simpan emas dapat bonus
Beli emas dapat bonus
Seminar dan kelas free
Dapat weblink sendiri utk promosi
Boleh buat networking dan trading

Tujuan utama powergold.

Menggalakkan kita menyimpan emas untuk masa depan dengan kempen 1gram 1bulan 1keluarga.

Kelebihan menjadi Ahli

1.Boleh tukar goldbar ke barang kemas mengikut gram tanpa upah.
2.Bonus masuk 3 kali sebulan. Setiap 10 hari.
3.Bonus direct ke bank akaun tanpa perlu ke bank utk menebus.

EMAS ADALAH ASET TERUNGGUL

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Monday, 12 May 2014

kenapa perlu simpan emas sekarang

Teks: Rosmawarni Sulaiman

Kenapa Perlu Beli & Simpan Emas Dari Sekarang???

Ramai yang bertanya kepada saya

Kenapa perlu kita beli emas dan simpan emas sekarang??

Kenapa tak simpan di fix deposit account atau ASB dan unit trust sebagainya?
Kenapa mesti emas?

Senang jawapan saya

Ini adalah kerana harga emas sentiasa meningkat setiap tahun dan menyimpan emas merupakan simpanan kekayaan kita yang sebenar.

Nilai emas sentiasa meningkat sedangkan nilai wang ringgit sentiasa menurun disebabkan kesan inflasi.

Ini graf kenaikan harga emas dunia dalam USD/oz daripada bulan Januari 2009 hingga Disember 2009.

Harga Emas kini telah mencecah USD1421/oz. Melalui pemerhatian saya, harga emas dari Jun 2010 hingga Dec 2010 telah mengalami kenaikan harga hampir 40%.

Kenaikan yang sangat banyak.

Bagi sesiapa yang telah menyimpan emas dari Jun 2010 atau lebih awal, mereka telah mengaut untung yang sabgat banyak berbanding mereka yang menyimpan wang ringgit, dimana keuntungan adalah sedikikit.

Emas adalah jawapan untuk pelaburan jangka masa panjang. Simpanlah emas dari sekarang. Kita xrugi 1sen pun beli dan simpan emas.

Jana Pendapatan Dengan Powergold.biz

Teks: Rosmawarni Sulaiman

Kami mempromosikan keahlian AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD dan menjana pendapatan dengan EMAS melalui sistem POWERGOLD.BIZ.
ANDA JOIN = DAPAT EMAS + PROFIT SHARING

PowerGold.biz adalah program NETWORKING + Trading Gold,

Trading Gold bermaksud urusniaga jual beli Emas Fizikal. PowerGold BUKAN program Investment, cuma kelebihan PowerGold syarikat menawarkan CTO ( Profit Sharing ) dari keuntungan harian syarikat pada semua ahli WALAUPUN Tanpa MENAJA.

KELEBIHAN MENJADI AHLI POWERGOLD
1)Modal Join RM380 adalah Membership Fee untuk melayakkan ahli dapat beli gold dengan harga Agen yang lebih murah dari harga pasaran

2)Setiap ahli juga akan terima produk 1 gram gold bar 999, gold bar berkenaan anda boleh jadikan sebagai sample sekiranya anda ingin mula berniaga emas, bila dah ada order dari customer barulah anda order dengan stokis, anda jual dengan harga pasaran, anda beli dengan harga agen, maka ada keuntungan runcit sebagai Ahli PowerGold

3)Walaupun Ahli tidak minat berniaga ahli masih ada keuntungan sekiranya mahu menyimpan Gold untuk masa depan, contohnya simpan 1 gram setiap 1 bulan, sikit2 lama jadi bukit, keuntungan sebagai ahli adalah anda dapat beli dengan harga Agen. Ada sesetengah syarikat mengenakan amaunt yang besar untuk jadi agen. Sebagai bukti anda boleh check syarikat lain yang menjalankan trading emas.

4) Apa itu profit sharing atau CTO? - profit sharing bermaksud keuntungan syarikat yang diagihkan kepada ahli dari kiraan keuntungan harian, sekiranya keuntungan besar maka besar juga sharing harian yang diterima, sekiranya kecil untungnya maka kecilah juga sharingnya, sekiranya tiada keuntungan langsung maka tiadalah sharing pada hari berkenaan. Maka disini jelas tiada kerugian atau tekanan syarikat dalam hal pembahagian sharing dan syarikat boleh bertahan lama. Melalui program Power Gold ini juga wujudnya perniagaan emas secara tidak langsung samada secara NETWORKING atau Trading biasa.

Kenali Emas Anda

Teks Oleh: Rosmawarni Sulaiman

JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA

1) Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas
• Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.

2) Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)

3) Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

4) Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.

5) Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya,

Thursday, 10 April 2014

Seronoknya menabung dgn powergold.biz

Teks: Rosmawarni Binti Sulaiman

Syoknya beli emas di powergold.biz

Dulu:
* Beli emas mahal..
* Dapat emas sahaja..
* Nak jual balik kedai ambil rendah..
* Ajak kwn beli x dpt apa2 bonus..

Skrg:
* Beli emas lbh murah..
* Beli utk diri sendiri dapat bonus..
* Beli utk kwn dpt bonus
* Jual balik dpt harga tinggi..
* Kawan beli dapat bonus..
* Kawan dpt bonus, lagi2 kita dpt bonus..
* Ajak kawan jadi ahli pun bonus masuk.
* Nk jual runcit2 pun untung..

Pendek kata langsung tidak rugi join powergold.Untung berganda2 ada lah..Setiap BELIAN emas 1gram di POWERGOLD, sesiapa sahaja.. akan dapat RM1.