www.jutawanpowergold.biz

Sunday 23 November 2014

Saya Suka Beli Simpan dan Jual Emas

Teks Oleh: Rosmawarni Bt Sulaiman

Ramai yang memberi alasan untuk tidak membeli emas. Jadi siapakah yang rugi sebenarnya?

Peniaga Emas ke? kerana tidak dapat jual emas?

Tahukah anda? Peniaga emas tidak akan rugi apa-apa kerana menjual emas bukanlah barang yang ada tarikh luput, semakin lama simpan semakin bernilai. Jadi anda kena ingat, jika anda tidak beli ramai lagi orang yang berminat akan beli.

Beginilah mentaliti org melayu, selesa simpan wang kertas. Simpan pula dalam bank berkepuk-kepuk; terlalu yakin betapa selamatnya simpan wang dalam bank. Padahal Sejarah telah mencatatkan bank tertua dan beroperasi beratus- ratus tahun pun telah menamatkan perkhidmatan.

Tidak pernah sedikitpun terlintas difikiran kita simpan duit kertas hanyalah untuk kegunaan harian dan kecemasan sahaja. Kita tidak pernah terfikir untuk menyimpan emas fizikal untuk digunakan dalam masa 5 atau 7 tahun akan datang???

Saturday 22 November 2014

Faktor Penentu Harga Emas

Teks oleh : Rosmawarni Sulaiman



Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor Ketiga – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Friday 21 November 2014

Jenis-jenis Emas

Teks : Rosmawarni Sulaiman

Mari kenali jenis emas

Mari Belajar Unit Timbangan Lama Emas

1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg,
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.7 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram

Ini pula jenis ketulenan emas yang diukur pada zama dahulu:
999 – 24K    - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
950 – 23K    - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
916 – 22K    - Emas Singapura
900 – 21.6K - Emas Sembilan
875 – 21K    - Tiada nama lain dapat dicari
835 – 20K    - Tiada nama lain dapat dicari
800 – 19K    - Emas Paun
750 –  18K   - Tiada nama lain dapat dicari
585 –  14K   - Tiada nama lain dapat dicari
373 –   9K    - Suasa
Seriya berat kelate=2.72g.

Saya Sudah Menjadi Ahli Powergold.biz!!!

Teks: Rosmawarni Sulaiman

Apa Langkah pertama selepas menjadi pengedar powergold ?

 1. Kenali lebih dekat syarikat powergold.biz

 2.Tahu perkara basic,cara membeli /menempah produk,cara menjual balik,cara mendapat keuntungan dan sebagainya

 3.Kenalpasti apa matlamat anda,adakah menjadi pengedar dengan tujuan menyimpan untuk diri sendiri atau sambil ingin menjana pendapatan.

 4.Susun strategi mengikut matlamat yang ingin anda capai.Sebagai contoh,jika ingin menyimpan sambil menjana pendapatan,anda haruslah ada sikap untuk belajar dan terus belajar selok belok perniagaan emas dan disertai tindakan.

 5.Terus tambah ilmu dari semasa ke semasa dan update info-info terkini di group-group support di fb, wassap , telegram.Jika tidak ada fb,bolehla hubungi intoducer dari semasa ke semasa untuk bertanyakan info terkini.

 6.Sentiasa berkongsi (Sharing) dan niatlah untuk menambah nilai (add value) kepada hidup orang lain.Usaha pengedar emas mengajak orang ramai menyimpan emas sangat murni sebenarnya dan anda sedang berjihad memerangi riba yang ada dalam wang kertas (walaupun kita tidak dapat keluar sepenuhnya).

 Perniagaan yang memberi nilai tambah kepada orang lain boleh bertahan lebih lama dan lebih berkat

 7. Konsisten dengan apa yang anda usahakan,biarpun sedikit usaha itu tetapi yang penting ialah istiqamah (berterusan).Berkat kesabaran dan usaha anda,pasti akan diberi ganjaran,jika tidak di sini,di akhirat sana,InsyaAllah.

 8.Belajar dari kesilapan

 JOM BISNES EMAS !!! REAL BISNESS REAL PRODUK
www.jutawanpowergold.biz

Wednesday 19 November 2014

Terbaik Simpanan Emas Fizikal Dengan Powergold.biz

TEKS OLEH: ROSMAWARNI BT SULAIMAN

DULU TAK SUKA SIMPAN EMAS
SEKARANG SYOK LA PULAK?!!!

Beberapa FAKTOR Kenapa saya perlu suka kepada perniagaan berkonsep NETWORKING ?

* MODAL Murah@Mampu
* 0% RISIKO
* Tidak Perlu SEWA PERMIS
* Tidak Perlu PEKERJA
* Tiada Tanggungan UTILITIES
* Tiada Kekangan Masa
* Tiada BOS, Saya Adalah BOS Kepada Perniagaan Saya Sendiri.

************

FAKTOR UTAMA Kenapa saya sangat suka perniagaan berkonsep NETWORKING ?

*PENDAPATAN PASIF*
-Apapun yang saya lakukan seharian sama ada di rumah atau di luar rumah...
makan, tidur, tengok tv, shopping, memasak, hangout bersama keluarga atau kawan...

Duit saya terus mengalir masuk kedalam akaun.. hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun...

Powergold Best bukan?
"EVERY 10DAYS IS MY PAY DAY"✨✨✨✨

πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸš€πŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ’ΆπŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜

Simpan Emas Jangan Lupa Berzakat

TEKS OLEH: ROSMAWARNI BT SULAIMAN

Perkongsian hari ini


Alhamdulillah Rakan Sahabat

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Ok, selamat menyimpan emas dan perak